Friday, September 23, 2016

DASAR PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU

DASAR PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU


a. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
·            - Pemerintahan bercorak tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
·            - Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru)
·            - Singapura dikenalisebagai Syonan (Cahaya Selatan)
·            - Pentadbiran Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu
·            - Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu terbahagi dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah

i. Pentadbiran Pusat
·           - Jepun gabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah pentadbiran pusat
·           - Diketuai Pengarah Agung berpusat di Singapura
·           - Dibantu oleh Mahkamah, Biro Pentadbiran dan Majlis Pusat
·           - Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan di bawah pentadbiran Borneo Utara
·           - Diketuai oleh Gabenor Jeneral di Kuching

ii. Pentadbiran Wilayah
·           - Di bawah pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-negeri
·           - Setiap wilayah diketuai Gabenor Wilayah
·           - Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberikan kepada Thailand sebagai menghargai kerjasama
·           - Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah (Kuching, Sibu & Miri)
·           - Sabah kepada dua wilayah (Jesselton & Sandakan)
·           - Setiap wilayah diketuai seorang Gabenor Wilayah
·           - Diperingkat daerah pentadbiran sama dengan pentadbiran British
·           - Mempunyai Residen, Pegawai Daerah (15 buah daerah) & Ketua Tempatan

b. Dasar Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
·           - Jepun perkenalkan pelbagai dasar
·           - Dasar Jepun sering berubah mengikut kepentingan
·           - Kebajikan penduduk tidak dijaga
·           - Penduduk tiada hak bersuara
·           - Setiap dasar Jepun mempunyai muslihat tertentu
·           - Apabila Jepun sedar akan kalah dalam Perang Dunia II barulah Jepun membuat dasar yang memberi kebaikan kepada penduduk
·            - Tujuan untuk mendapat sokongan penduduk tempatan supaya tidak kembali menyokong British
·            - Dasar pemerintahan boleh dilihat dalam aspek politik, ekonomi & sosial

i. Politik
·           - Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri
·           - Sultan hanya menjadi ketua agama Islam & adat istiadat Melayu sahaja
·           - Sultan diberi elaun seperti semasa pemerintahan British
·           - Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun
·           - Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah

ii. Ekonomi
·           - Ekonomi Tanah Melayu dieksploit untuk kegiatan perindustrian & membiayai peperangan
·           - Mata wang Jepun diperkenalkan
·           - Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digalakkan
·           - Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian
·           - Layanan istimewa diberikan kepada  kaisha (syarikat Jepun)

iii. Sosial
·           - Sekolah Inggeris & Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat & China
·           - Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun
·           - Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah
·           - Bahasa Jepun atau Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah
·           - Satu ruangan khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia
·           - Rakyat diwajibkan belajar bahasa Jepun
·           - Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan
·           - Orang Melayu dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan
·           - Orang Cina dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China_Jepun
·           - Orang India dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India


           Video ini membincangkan dasar pemerintahan jepun :

         







4 comments: