Friday, September 23, 2016

Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu

Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu
Image result for faktor kejayaan jepun

      i. Perancangan awal perang
·           - Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu
·              -   Jepun menjalankan perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan

      ii. Kelengkapan perang tentera Jepun
·            - Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”
·            - Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu

      iii. Semangat tentera Jepun
·            - Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka
·            - Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun
·            - Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun

      iv. Taktik serangan Jepun
·        - Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941
·            - Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura

      v. Kelemahan tentera British
·              - British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah
·              - Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
·              -  Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British
·               - Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura

      vi. Pakatan Jepun-Thailand
·         - Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand
·             -   Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand

       vii. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
·            - KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
·            - KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
·            - KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun

No comments:

Post a Comment