Friday, September 23, 2016

REAKSI PENDUDUK

REAKSI PENDUDUK
Image result for reaksi penduduk terhadap penjajahan jepun


i. Reaksi Orang Melayu

Reaksi Peringkat Awal
·           - Sebahagian besar tidak menentang
·           - Mereka mengalu-alukan kedatangan Jepun
·           - Terpengaruh dengan slogan Jepun “Asia Untuk Orang Asia” 
·           - Orang Melayu diberi layanan baik oleh tentera Jepun
·           - KMM pimpinan Ibrahim Haji Yaacob mengadakan pakatan sulit dengan Jepun
·           - Tujuan supaya Tanah Melayu mendapat kemerdekaan

Reaksi Selepas Jepun Menguasai Tanah Melayu
·           - Sokongan orang Melayu tidak kekal lama
·           - Jepun memerintah secara tentera
·           - Dasar pemerintahan Jepun menyusahkan rakyat
·           - Slogan Jepun hanya muslihat untuk menguasai Tanah Melayu
·           - Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti dijanjikan
·           - Status Tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan
·           - Negeri-Negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand sebagai balasan kerjasama
·           - Di peringkat awal Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu
·           - KMM dibubarkan oleh Jepun
·           - Tentera Jepun mula kejam terhadap sesiapa sahaja yang dianggap pesalah

ii. Reaksi Orang Cina
·           - Banyak dipengaruhi Perang China-Jepun 1937
·           - Terlibat dengan gerakan anti-Jepun
·           - Mereka memulaukan barangan Jepun & memungut derma untuk membantu Negara China
·           - Pemuda Cina ramai yang balik ke China menyertai perang menentang Jepun
·           - Kesannya – apabila Jepun menguasai Tanah Melayu orang Cina dilayan kasar & dibunuh tentera Jepun
·           - Ada juga orang Cina menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan perniagaan & keselamatan nyawa mereka

iii. Reaksi Orang India
·           - Mendapat layanan baik daripada Jepun
·           - Tujuan Jepun untuk mendapat kerjasama orang India mengusir British di India
·           - Orang India diseru bersatu padu untuk tujuan tersebut
·           - Jepun berjaya mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya berpaling tadah & bekerjasama dengan Jepun
·             - Sebahagian besar orang India menyertai Tentera Kebangsaan India 

Reaksi Penduduk Terhadap Dasar Kejam Jepun di Tanah Melayu

·           - Muncul gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
·           - Bergerak secara gerila untuk menentang Jepun
·           - Mendapat kerjasama daripada tentera Bersekutu khususnya British

No comments:

Post a Comment