Showing posts with label Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu. Show all posts
Showing posts with label Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu. Show all posts

Saturday, September 24, 2016

Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu

Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu


      i. Melalui Propaganda :

·            - Digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan “Asia Untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia”
·            - Slogan berunsur anti-penjajah Barat
·            - Banyak menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara di Timur
·            - Propaganda disiarkan melalui akhbar Jepun The Syonan Times & Fajar Asia

      ii. Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” :

·            - Strategi yang sangat berkesan
·            - Penduduk tempatan tidak menganggap Jepun sebagai penjajah baru menggantikan British



Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu




      i. Melalui Kawasan Utara di Thailand
·            - Tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 Disember 1941
·            - Tentera terus mara ke Jitra, Kedah
·            - Tentera berpecah dua
·            - Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat
·            - Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat

      ii. Melalui Kawasan Kota Bharu
·            - Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941
·            - Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur

      iii. Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah
·           - Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941
·           - Berpecah kepada dua pasukan
·           - Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu
·           - Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan
·           - Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama di bandar-bandar besar
·           - Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah